Dana Untuk 100 Tahun Akan Datang

Monday, May 7, 2012

1 Jam 30 Minit .

Ada seorang manusia , jalan .
Jalan dalam keadaan biasa .
Tapi aku lihat mata dia ada titisan air .
Mungkin habuk menyapa matanya .


Tapi bila aku amati , itu air mata .
Dikesat air itu dengan tangan .
Berjalan dia .
Dengan air mata .


Ada orang kata dia sakit .
Sakit yang pernah dia rasa .
Sepatutnya dia kuat .
Kerana sakit itu sudah kebal dan biasa .


Tapi aku jadi hairan bila dia menangis .
Perjalanan yang lama bersama air mata dia .
Dia kata , dia tak sangka akan sakit macam ni .
Aku mendengar .


Tak tahan dengan rintihan dia .
Ratapan yang pilu .
Hati disiat , dikoyak .
Bila dijahit dan ditampal , parutnya masih ada . 


Kata dia , dia melihat sesuatu yang dia sayang .
Yang dia kasih .
Pergi kepada manusia lain .
Manusia itu tersenyum kemenangan .


Tapi dia , meratap kesakitan itu .
Menikmati kesedihan itu .
Tanpa sedikit pun terkurang .
Diamatinya setiap sudut kesedihan itu .


Ceritanya , kerana kasih dia buta hati .
Kerana kasih dia menunggu .
Kerana sayang dia menulikan diri .
Kerana cinta dia merelakan .


Bodohnya kau .


Kesian .


Entah kenapa kau jadi macam ni .
Apa yang kau fikir sampai jadi macam ni .


Pelik .


Aku jadi malas untuk layan dia .
Sebab kebodohan dia . 
Walau aku tahu kau sayang dia .
Tapi aku tak boleh terima .


Lalu aku teruskan perjalanan aku .


Perjalanan yang mengambil masa 30 minit , dan penantian selama 1jam .


Buat aku sedar .


Bahawa , dia adalah aku .


Yang sedang menangis , terduduk di tepi tempat itu .


Bersama serpihan hati yang kau hancurkan .






P/s : Aku bukan manusia yang suka menunggu , tapi aku tak tahu kenapa aku sanggup tunggu kau .