Dana Untuk 100 Tahun Akan Datang

Tuesday, November 20, 2012

Berapa kali ?

Berapa kali hati sakit ?
Kali ni lebih remuk dari biasa.
Kemalangan yang disengajakan.
Apa nak hairan, dah berapa kali dia sakit.

Kali ini aku beri kau bahu aku.
Aku beri haba yang ada ini sedikit untuk kau.
Walaupun aku bukan keutamaan kau semenjak ini.
Tapi bukan aku untuk biarkan kau menangis.

Menitik air mata kau, aku lihat.
Aku lihat 7 dari 10 air mata kau adalah perasaan.
Dan 3 lagi adalah hanya air mata.
Berbeza dari kau tangisi aku dulu, ianya sebaliknya.

Kau korban kan apa yang kau rasa pada aku demi dia.
Untuk apa? Atau itu hanya lah kata-kata tanpa perasaan.
Jika benar hati kau pernah aku miliki, ini peluang bagi kita.
Jika tidak, ini kesedihan paling bangsat pernah jadi dalam hidup kau.

Kesedihan bangsat kau, dia pelaku.
Kesedihan bangsat aku, kau pelaku.

Jika kali ini kau pergi semula pada dia, pergi dan jangan kembali walau diri hampir mati.
Ini janji aku pada diri.
Supaya hati tidak mati.
Dan tidak bersemadi.

Tiada lagi peluang kita.
Aku sudah tanam sampai dalam.
Aku sudah pijak bagi hancur.
Aku sudah ludah sampai habis.

Walau pahit, aku telan.
Demi mencari sesuatu yang aku impikan.
Kasih sayang yang untuk aku seorang.
Jadi, aku putuskan usaha aku terhadap kau.

Mungkin ada peluang pertama sedang menanti aku.
Dan janji aku pada dia, tiada peluang kedua yang akan aku pinta.
Usaha terhadap seseorang yang hargai aku akan lebih bermakna.
Abai kan aku seperti dulu, aku biasa.

Hari lahir aku tanpa kau.
Kau bersama dia pada hari lahir aku.
Kau bukan yang terawal.
Aku biasa tanpa rasa janggal.

Bukan taksub pada karma.
Mungkin karma sedang menjemput diri masing-masing.
Siapa tahu bukan ?

Sekukuh mana cinta aku pada kau,
Tapi tiada sedikit kau hargai,
Akan runtuh berkecai menjadi debu juga akhirnya.



P/s : Semoga aku dijumpakan dia.

Saturday, November 10, 2012

Aku budak besar.

Hari ini hari lahir aku.
Kamu la yang paling awal serta terawal.
Hadiah yang tiada tolok bandingan nya.
Mahal bukan kepalang.

Hanya kamu yang tahu ruang ku yang sempit.
Kasih nya kamu terhadap aku.
Walaupun tak pernah diungkap, tapi tindak tanduk mu.
Aku faham.

Aku cuba yang terbaik.
Terbaik untuk aku sebenarnya.
Tapi aku akan buat yang terbaik untuk kamu.
Ye, untuk kita juga.

Mak, abah.
Terima kasih atas segala kasih.
Segala sayang.
Segala pegorbanan.
Segala-galanya.

Terima kasih.
Tiada kata yang mampu aku ucapkan.
Hanya sekeping doa dan permintaan.
Aku harap doa aku termakbul walaupun aku tahu aku tak layak.

Ye, tak layak untuk dimakbulkan.
Tapi, untuk kamu, ku rayu.




P/s : Tepat 12 malam ini, tiada lagi 10 november. Alangkah indahnya jika tiada lagi kau dalam kamus hidup aku lepas ini.

Thursday, November 8, 2012

Surat untuk kau.

Aku tak tahu apa di hati kau.
Yang aku tahu hati aku.
Macam mana aku nak tahu hati kau kalau kau hanya bercakap.
Cuba la kau bukti kan ke.

Mungkin lebih seronok dan yakin.
Tapi mungkin aku juga akan pertimbangkan.
Bukan berlagak.
Tapi kau tahu hati aku bukan macam dulu.

Aku bukan manusia yang kau kenal tiga tahun dahulu.
Yang hanya menadah segala cemuhan, cacian dan kutukan.
Aku bukan lahir semula , tapi aku cuba jadi yang baru.
Kerana yang lama, hati aku lumpuh.

Jadi kali ini, berilah peluang hati aku untuk hidup.
Kerana sudah lama ia mati tanpa disemadikan.
Tiga kata cinta aku masih untuk kau.
Tetapi sampai bila aku tidak menjamin tentang itu.

Aku taknak berjanji dan berharap.
Kerana dua perkara ni la aku lemah mejalani hari-hari aku tanpa kau.
Ye, aku je yang luka.
Kerana aku hanya ada kau. HANYA KAU.

Aku bukan milik kau lagi. 
Dan kau bukan kepunyaan aku.

Jika aku sehehai kain, sudah lama aku terkoyak, tercarik hingga menjadi serpihan kain.

Semoga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih.
Semoga dia menjaga hati kau lebih baik dari aku.
Dn terima kasih atas cacian itu.
Mungkin dia lebih layak merima daripada aku.


P/s : Aku si pemuja rahsia mu.

Friday, October 12, 2012

Mengemaskini.

Aku banyak email. Tapi selalu lupa password.
Jadi aku mengemaskini kesemua email aku supaya aku tak lupa lagi.
Aku agak serius untuk mencar pekerjaan, untuk masa hadapan.
Ye, email baru diperlukan oleh Jobstreet. 

Beberapa ratus email tidak dibaca di dalam peti masuk.
Bukan tanak baca, tapi mungkin aku tak memerlukan nya buat sementara ni.
Jadi aku delete satu per satu. 
Sehingga kosong.

Jika fikiran aku seperti email tadi, akan aku padam semua email lama yang ada.
Supaya email baru ada ruang untuk memberi beberapa pertunjuk.
Aku padam sehingga kosong.
Tanpa sedikit pun aku tinggal. Supaya tiada kenangan.



P/s : Aku hidup di dalam secebis kenangan kau dan aku. Pilu. Tapi, ye. Aku sedang menikmati kepiluan ini.

Sunday, August 5, 2012

Cinta kompleks.

Cinta ni bukan perkara main-main.
Lagi-lagi cinta pada orang.
Bila pada orang, maksudnya dah melibatkan dua pihak.
Dua jantung serta hati.

Jatuh cinta dan jatuh sayang satu perkara yang berbeza.
Perbezaannya, hanya orang yang pernah jatuh sayang dan jatuh cinta sahaja yang tahu.

Kalau terangkan guna bahasa paling senang pun, takan faham.
Bila kita ada di tempat itu baru kita faham.
Faham akan kesakitan orang lain.
Faham akan kebodohan orang lain.

Sifat faham tu akan hadir bila kita ditempat itu atau pernah ada di tempat itu.
Betapa rumitnya cinta dan betapa mudahnya sayang.

Bila kita stand on reality, cinta ni tahi.
Buat hati jadi lemau macam kerepek pisang masuk angin.
Buat hidup kusut masai macam tak mandi seratus hari.
Ye , tahi kan kau cinta.

Rumitnya cinta ni kalah subjek Maths atau Sains.
Sebab subjek ni guna otak , tak guna hati dan sebab tu ada orang bercinta tak guna otak.

Sebab cinta perlukan hati.
Dan kerana hati la, mati.
Mati segala organ dalam.
Organ luar turut serta.

Setiap manusia ada persepsi sendiri tentang cinta, ada prinsip sendiri tentang perasaan.
Itu pandangan masing-masing dan perlu dihormati.

Hormat perasaan seseorang.
Hormat cinta seseorang.
Hormat keadaan seseorang.
Hormat keperitan seseorang.

Kerana hidup ni karma.
Apa saja yang terpacul dari mulut kena jaga.

Jadi, bercinta la.
Baru tahu apa nikmat cinta.
Dan mengeluh la kesakitan apabila ditinggalkan.
Kerana itu lah risiko si pencinta.



P/s: Walau macam mana sakit kau dalam cinta , sila manage diri supaya tidak menyesal di hari kelak.


Monday, May 7, 2012

1 Jam 30 Minit .

Ada seorang manusia , jalan .
Jalan dalam keadaan biasa .
Tapi aku lihat mata dia ada titisan air .
Mungkin habuk menyapa matanya .


Tapi bila aku amati , itu air mata .
Dikesat air itu dengan tangan .
Berjalan dia .
Dengan air mata .


Ada orang kata dia sakit .
Sakit yang pernah dia rasa .
Sepatutnya dia kuat .
Kerana sakit itu sudah kebal dan biasa .


Tapi aku jadi hairan bila dia menangis .
Perjalanan yang lama bersama air mata dia .
Dia kata , dia tak sangka akan sakit macam ni .
Aku mendengar .


Tak tahan dengan rintihan dia .
Ratapan yang pilu .
Hati disiat , dikoyak .
Bila dijahit dan ditampal , parutnya masih ada . 


Kata dia , dia melihat sesuatu yang dia sayang .
Yang dia kasih .
Pergi kepada manusia lain .
Manusia itu tersenyum kemenangan .


Tapi dia , meratap kesakitan itu .
Menikmati kesedihan itu .
Tanpa sedikit pun terkurang .
Diamatinya setiap sudut kesedihan itu .


Ceritanya , kerana kasih dia buta hati .
Kerana kasih dia menunggu .
Kerana sayang dia menulikan diri .
Kerana cinta dia merelakan .


Bodohnya kau .


Kesian .


Entah kenapa kau jadi macam ni .
Apa yang kau fikir sampai jadi macam ni .


Pelik .


Aku jadi malas untuk layan dia .
Sebab kebodohan dia . 
Walau aku tahu kau sayang dia .
Tapi aku tak boleh terima .


Lalu aku teruskan perjalanan aku .


Perjalanan yang mengambil masa 30 minit , dan penantian selama 1jam .


Buat aku sedar .


Bahawa , dia adalah aku .


Yang sedang menangis , terduduk di tepi tempat itu .


Bersama serpihan hati yang kau hancurkan .






P/s : Aku bukan manusia yang suka menunggu , tapi aku tak tahu kenapa aku sanggup tunggu kau .

Monday, April 16, 2012

Terima Kasih Daun Keladi .

Awak .


Terima Kasih .


Bagi kira-kira .


:)




P/s : Rindu nak study sama-sama .

Sunday, April 15, 2012

Berhenti .

Berhenti ingatkan aku .
Berhenti kaitankan aku .
Berhenti berkata-kata tentang kaitan .
Berhenti .


Kau buat aku sakit .
Dengan mengingatkan aku .


Aku hormat permintaan kau .
Setiap permintaan kau .


Kali ini , aku minta .
Aku minta supaya kau bagi .
Hormat hati aku .
Yang koyak .


Berhenti .


Aku terseksa .




P/s : Manusia akan berkata-kata tanpa berfikir . Sedih keadaan ni .

Sunday, March 11, 2012

Nah ! Ambil semua .

Kadang-kadang kita kena korban kan hati atau perasaan gila kita demi semua orang .

Sekarang aku korbankan segala-galanya .

Kau mintak , aku beri .

Semua . 

Kalau kau sakit atas permintaan kau , kau kena tahu aku lebih sakit .

Dan kalau kau sakit atas pemintaan aku , aku kena tahu yang kau sangat sakit .

Akhir sekali , aku beri apa yang kau mahu .
Itu lebih senang bagi aku .

Aku biasa macam ni .

Selamat tinggal permainan semua ni .

Aku "game over" .


p/s : bye-bye !

Thursday, March 1, 2012

Gila juga kalau fikir .

Impian aku untuk memiliki sebuah kereta yang mahal .
Rumah yang aku idamkan .
Impian anak kepada ibu bapa . Tanggungjawab aku sebagai anak .
Kedudukan yang aku agungkan .


Pakaian yang mahal . Berjenama .
Minyak wangi , jam tangan .
Gajet-gajet yang baru lagi terbaru .
Semua yang mahal .


Impian menggunung .
Berangan macam-macam .


Konon-konon je semua .
Olok-olok .


Duduk dengan kau .
Tiap-tiap minggu aku ajak kau pergi mandi dalam kolam renang .
Ye , kolam renang yang ada dekat rumah kita .
Tidak pun , kita pergi gym .


Pergi shopping . 
Jalan-jalan .
Makan angin .
Cuba benda baru .


Tik !


Oh , berangan pula aku .
Kau tahu tak ? Ye , aku tahu kau tak tahu .
Impian aku untuk memiliki kau pun dah cukup gila bagi aku .




P/s : Kadang-kadang aku bukan putus asa , bukan lupa , tapi aku kena terima kenyataan yang ada .

Tuesday, February 28, 2012

Kadang-kadang aku tak tahan tau .

Bila aku cinta kau , kau takde sehari aku rasa seabad .
Kalau kita dapat berhubung , itu dah lebih dari cukup .
Tapi bila kau hilang yang betul-betul tiada , di sini , aku rasa nak melutut .
Menangis terlalu sakit .


Betul kau sayang aku ?
Sila tinggal kan dia .
Atau beritahu dia tentang kita .
Ini dua kata . Kau pilih satu .


Kau tahu , dulu aku cukup sakit tunggu kau .
Dari kawan , aku mengurat kau . Jaga kau .
Mestilah kau tak pandang aku kan .
Ye , itu aku tahu .


Sekarang , aku masih tunggu kau .
Walaupun kau separuh milik aku .
Ye, separuh . Walau kau kata penuh , tapi hakikatnya kau separuh saja .
Separuh lagi , bukan milik aku .


Bukan milik aku .
Bukan milik aku .






P/s : Jujur aku dayus .

Tuesday, February 21, 2012

Aku carut kan kau .

Serious aku rasa nak mencarut depan muka kau !

Sebab itu aku diam .

Kalau aku cakap kau sakit .

Pergi meninggal la dengan semua ni .


P/s : Aku betul-betul marah .


Thursday, February 16, 2012

Petang yang hilang .

Menulis ikut hati .
Keputusan ikut hati , perasaan .
Tak guna otak .
Ye , aku memang tak suka guna otak .

Kenapa, gila ?
Sebab aku ada hati .
Hati aku .
Kau ? Ada tak ?

Ye , sebab hati jadi macam ni .
Huru-hara .

Semua tak kena .

Diam . Banyak diam dari bercakap .

Berfikir ketika diam .

Berfikir . Berfikir . Berfikir . Berfikir . Berfikir .

Entah apa yang aku fikir .

Kali ini aku hilang .
Hilang hati .
Tercicir .
Lalu dicuri orang .

Beri hati aku peluang .
Sekali lagi .

Pada yang mencuri , kau tak akan digantung di tali gantung .
Kerana aku yang beri kau curi .
Aku yang curi kau sebenarnya .
Ye , aku . Aku la yang salah tu .

Maaf .

Pada yang hilang , pada yang curi .

Semua .


P/s : Aku kaki bercinta . Jadi , berhati-hati ;)

Saturday, February 11, 2012

Aku sibuk dengan hati .

Aku sibuk .
Banyak kerja .
Banyak ragam .
Banyak kerenah .


Aku sibuk .
Hati .
Jantung .
Paru-paru .


Hoi hati , kau pergi jauh .


Aku sakit pakai kau .


:'(




P/s : Berehat sebulan dua . Lebih tenang .

Thursday, February 9, 2012

Terima kasih .

Terima kasih sebab lempang .
Buat segar .




:)




P/s : Sayang nak basuh pipi selepas dilempang .

Tuesday, February 7, 2012

Hari yang lupa hari apa .

Hari-hari aku sibuk .
Sibuk dengan kerja .
Kerja dan kerja .
Kerja lagi , lagi dan lagi .


Nampak tak surut-surut .
Lebih banyak yang masuk dari keluar .
Banyak benda yang aku fikir .
Itu memang kesukaan aku .


Berfikir lagi .


Lagi .


Berfikir .


Diam .


Membosankan ?


Ye , itu la perkataan paling sesuai dengan diri aku .


Empat hari cuti yang sangat membosankan diri aku dan orang keliling aku . Duduk di hadapan meja belajar . (kdg-kdg online , kdg-kdg text-ing) * Cis ! *


Paling selamba bila manusia sebelah meja aku lupa , hari ni hari apa . Dia ajak aku makan sekarang sebab kaum Adam pergi solat Jumaat .  Aku terguling . Gelak . Tapi dalam hati , ini la penerajang yang sangat terbang bila kaki aku dan dia melangkah ke alam lanjutan pelajaran yang ini (sampai lupa hari)


Bukan senang nak senang . Bukan susah nak susah .


Kena la kerja keras sikit . 


Aku cuba jadi orang lain . Orang lain dah berjaya . 


Hei , kau jangan nak ikut orang sangat . Kena tahu kemampuan kau .


Orang lain lahir dari perut mak yang penuh dengan darah dan datangnya dari air mani lalu menjadi seketul darah selama 40 hari kemudian baru la menjadi seketul daging lalu membentuk fizikalnya .


Kau dari mana ? Sama kan ?


Sebenarnya kita sama .


Tapi aku terpaksa tiru dan jadi  kau supaya aku sama dengan kau .


Kena kerja ni . Lebih gagah dari sebelum ni .


Semoga aku dan manusia lain yang sedang mengalami penyakit analisis rangkaian ini mendapat berkat dan dipermudahkan segala litar yang diberi .




P/s : Memerlukan seorang yang pandai mengatur masa aku .


Sunday, February 5, 2012

Rupa-rupanya kau sama dengan aku .

Hari minggu yang sangat penuh . Jumpa dia . Dia yang aku sayang . Kawan sebantal , se-air liur (maksudnya ngences) . Mujur mulut satu , kalau lebih dari satu memang tak cukup masa yang ada ni .


Dia bercerita . Aku dengar . Aku respon . Apa saja respon aku , dia akan setuju . Apa saja yang dia cerita , aku rasa , macam diri aku . Dan aku macam diri dia .


Apa yang dia mahu dalam satu hubungan . Sama . Sama macam aku . Gelak besar aku dan dia . 


Segala ciri-ciri . Segala tindak tanduk . Ada la yang kurang sama . Tapi sembilan point sembilan peratus adalah sama .


Baru la terungkai pertanyaan aku yang aku pernah tanya pada dia dulu . Senyum kambing aku . Geli hati juga . Tapi itu la kenangan .


Ramai mata dan hati yang akan curiga pada aku dan dia . Apa yang aku dan dia boleh buat . Memang aku dan dia macam ni . Rapat . Amat rapat . Tiada ruang kosong pun yang ada antara perut aku dan perut dia .


Jarang jumpa . Jarang juga on call . Text ? Kadang-kadang . 


Tapi kalau jumpa , seminggu pun takan habis . Tak akan punya .


Aku sayang kau ketat-ketat . Seketat-ketatnya .


Semoga kau disayangi dia . Bahagia sampai bila-bila . Aku ada dengan kau .




P/s : Cakap dengan aku kalau ada yang buli kau . Aku bunuh dia .

Friday, February 3, 2012

Cis . Aku tak pernah pakai benda ni .



Aku sumpah tak pernah pakai benda ni .

Sejuk .

Lembik .

Fresh sebenarnya .

Terima kasih Puteri Azmin Azlina .

Cis .

Thursday, February 2, 2012

Manusia berani akan berbekas , kawan .

Bila meningkat dewasa , perasaan dalam jiwa ni akan lebih dari biasa . Dulu , mungkin kita akan mengalami perasaa sedih , marah , kecil hati , merajuk sebab tak dapat mainan , dan juga perasaan ingin tahu . Dan bila dewasa , ada benjolan di dada , kumis di sekitar atas bibir , suara serak-serak kering , kita akan ada perasaan cinta .


Tipu . Tipu kalau kau tak de . Bukan manusia normal .


Bezanya , kau beritahu isi hati tu atau tidak . Diterima atau ditolak menjadi risiko . 


Ada yang beritahu dan diterima . Ada yang tak beritahu dan senyap sendirian . Ada yang beritahu lalu ditolak (cis , yang ini sedih)


Dah bercinta pula , risikonya adalah mungin ditinggalkan dan mungkin juga meninggalkan .


Jadi perasan atau tidak , pada siapa yang bercinta , anda adalah manusia paling berani yang sanggup bersedia menerima risiko . Risiko yang mengalahkan perniagaan jutaan ringgit ? Ini obses .


Bila bercinta , akan terputus . Sedangkan kahwin pun terputus , apatah lagi bercinta . Ini takdir . Kita yang mencorakkan ia .


Bila terputus , akan jadi bekas . 


Aku tak nak bekas orang .


Kau pergi la tunggu bayi yang baru lahir tadi , membesar . Lalu bercinta , pinang , dan kahwini la dia . Secara automatiknya , kau akan dapat yang bukan bekas orang . Mungkin masa tuh kau pun tak mampu senyum lagi sebab kedutan muka menarik mulut kau supaya nampak lebih masam dalam gambar perkahwinan .


Tapi aku memang tak suka bekas-bekas orang ni .


Pergi la cari bekas monyet . Mungkin lebih fresh .


Lepas kita putus kau akan jadi bekas aku . Beritahu aku siapa yang tak mahukan bekas aku . 


Kenapa kau sibuk nak pertahankan bekas kau ?


Kerana aku la dia menjadi bekas .


Apa saja yang jadi , tanya diri sendiri . Baru kita tanya manusia yang ada dengan kita . Walau tinggi mana api kemarahan tu , jauh mana kesalahan dia , patah balik pada diri . Pasti kita ada jawapan yang lebih tepat .


Eh , please . Aku bukan bekas dia .


Manusia yang berani akan jadi bekas .


Jadi , kau tu pengecut .


Bukan bekas sesiapa .


Semoga hari demi hari , kau tahu menilai harga diri seorang manusia . Jangan cakap ikut sedap mulut saja .




p/s : Benda yang umum jangan dibesarkan . UMUM . Ingat tu , dan tolong paham konteks UMUM .




Tercabar aku mencabar .

Kelmarin aku tidak menulis . Aku tidak berada di alam maya . Aku di realiti . Melalui setiap detik di sini . Ye , makin hari makin mencabar . Aku mula tercabar .


Letih . Penat .


Dengan hati . Dengan perasaan . Jiwa ni . Cis , apa la aku .


Ke - pax - an kelas ni membatukan jiwa aku . Sangat penat . Lelah aku dibuatnya . Rungsing dengan pelajaran aku . Sangat banyak yang kena ingat . Nasihat demi nasihat aku dengar . Masih buntu walaupun aku agak yakin yang aku boleh laluinya .


Hari ini , hari semalam , hari akan datang . Bagaimana la aku nanti . Macam-macam persoalan berselirat dalam usus otak aku ni .


Hari-hari pening .


Hari-hari juga aku cinta kau (cis, bercinta pula)


Semoga kau hari-hari cinta aku juga .


P/s : Terima kasih Miss Puspa . Jasa u , i kenang . Kbai .

Tuesday, January 31, 2012

Hati pendua .

Kau ada kunci ? Kunci pendua .
Kunci yang asal tuh kau dua kan .

Kalau hati ni boleh diduakan macam kunci , dah lama aku lakukan .
Hati yang asal akan aku simpan .
Dan yang tiruan , aku akan serah kan pada siapa yang mahu .
Ada siapa yang mahu ?

Hati pendua .
Kau ambil la .
Calarkan ia , retak kan ia , pecah kan ia .
Hadapan aku , aku tak pernah kisah .
Kerana aku punya yang asal .

Tapi tak apa .
Aku serahkan yang asli pada kau .
Hati aku yang asli ada pada kau .
Kau jaga la .

Tak apa .
Aku biasa .

Hati aku memang milik kau .
Ye , yang asli .
Dia sudah kebal .
Kau simpan la .

Tak apa .
Aku biasa .

Kau jangan bimbang , aku tidak prejudis .
Ingat tu .
Aku masih waras .

Hati aku lebih retak bila biar kan kau seorang .
Kau menangis .
Aku lagi menangis .
Lap air mata kau .

Hanya yang asli untuk kau .


P/s : Eh , kunci pendua aku hilang la .

Monday, January 30, 2012

Ini cerita kawan aku punya .

Aku ada seorang kawan . Kawan baik . Lama juga aku dan dia tidak berutus . Cerita tentang dia , khabar dia . Langsung aku tak tahu . Masing-masing sibuk . Sudah dewasa .

Dia sentiasa mimpi dan mengimpikan gadis ini . Namun , dalam masa yang sama dia sudah ada gadis . Gadis yang pernah tikam dia . Tolak dia sampai jatuh , tarik dia kembali . Tolak , tarik . Hingga sampai satu tahap dia dibiarkan seorang . Terkapai , sendirian .

Gadis yang dia mimpi muncul . Mungkin lebih senang kata , gadis tadi datang bersama cahaya neon . Yang lebih terang cahaya nya dari LED . Dia bagaikan putera . Disayang , dibelai , oh indah bukan ?

Indah itu pasti tak akan lama . Ini pasti . Gadis yang tikam dia datang kembali ketika dia sedang menangkat sauh untuk berlayar , bersama gadis yang dimimpikan . Kapal tadi masih di situ .

Lama .

Berkurun-kurun .

Sudah berbatu karang .

Dia delima . Sayang pada dua-dua . Dua-dua sakit .

Lebih sakit .

Jika aku berada di tempat kau , aku pasti tarik sauh itu . Tapi kau bukan aku . Kau labuh kan sauh itu tadi . Turun . Kau pasti ada sebab . Aku pasti . 

Aku minta kau bahagiakan diri kawan . Supaya tidak sakit . Jangan bimbang tentang aku . Aku ada cinta aku . 

Kasih kau pada dia padamkan . Ambil cinta kau . Campak jauh agar dia tidak sakit . Dia manusia . Yang ada cacat cela . Begitu juga kau , aku .

Peluang kau beri pada orang yang telah tikam kau , aku tahu . Kau kasih kan dia . Jangan belah hati kau . Satu kan ia . Serah kan pada dia . Kau memilih dia . 

Semoga kau lebih bermakna lepas ni . Jaga dia . Jaga kau . 


P/s : Selamat memasukkan makanan yang pertama hari ini ke dalam mulut dan kunyah lalu ke perut .

Sunday, January 29, 2012

Tanpa kau .

Aku tak boleh menang .
Aku tak boleh memerintah .
Aku tak akan pernah menang dalam permainan ini .
Tanpa kau , tanpa kau .

Aku sesat .
Aku tidak bererti .
Aku tak akan pernah sama .
Tanpa kau , tanpa kau .

Aku tak nak lari .
Aku tak nak terbang .
Aku tak akan buat .
Tanpa kau , tanpa kau .

Aku tak boleh rehat .
Aku tak boleh berlawan .
Yang aku perlu hanya kau dan aku .
Tanpa kau .

Aku tak boleh padam .
Jadi aku ambik kesalahan itu .
Tapi , aku tak boleh terima yang kita ni renggang .

Tanpa kau , tanpa kau .
Aku tak boleh berhenti sekarang , ini bukan yang betol .
Aku tak boleh lalui satu malam lagi yang kurang tidurnya .
Tanpa kau , tanpa kau .

Aku tak nak terbang tinggi .
Aku tak nak memanjat .
Jika kau tiada di sini , aku lumpuh .
Tanpa kau , tanpa kau .

Aku tak boleh melihat , aku sungguh buta .
Aku hilang hati aku .
Aku hilang akal aku .
Tanpa kau .



P/s : Cinta antarabangsa .


Tulisan aku yang pertama hari ini .

Aku berlagak ,
Bajet bagus ,
Kerek nak mampus ,
Hampeh gila .


Sial .


Tapi aku jatuh pada kau ,
Aku cuba tahan ,
Aku tak mahu jatuh ke tangan kau ,
Ye , aku berlagak .


Gila .


Aku tahu aku akan diluka ,
Di calar ,
Di robek ,
Di tikam sehingga hilang fungsi .


Puki .


Mana pergi lagak aku ?
Mana pergi ?
Hilang .
Macam tu saja .


Lagak , tolong la kembali .
Demi kebaikan aku .
Juga kau .
Aku janji untuk perlihara kau .


Sayang .
Lagak tak akan kembali .
Kasih lebih hebat dari lagak .




p/s : Permulaan hari yang awal dan dingin . Aku suka macam ni . Lebih tenang .

Saturday, January 28, 2012

Ini tulisan yang kedua . Untuk cermin .

Terima kasih cermin-cermin .


Memasak sampai titisan peluh yang terakhir .


Labu sedap walaupun pertama kali cuba .


Jangan risau , apa saja yang dimasak , akan dikunyah lalu telan .


Perut ni senang dengan masakan kau , cermin-cermin .


Terima kasih .


Aku sayang kau , cermin-cermin .


Rindu .


Semoga kau (cermin-cermin) terus menjadi cermin aku . 


Sampai kau kahwin . Aku kahwin (ye , lama lagi)


Kita cermin-cermin .


Cermin sekilat kau susah nak cari di kedai .


:)


P/s: Sahabat , aku sayang kau . Maafkan aku dengan telatah ku . (ok , aku sebak) . Bye semua . Aku nak jumpa cermin aku lagi .

Permulaan hari aku lewat hari ini .

Apa pula yang terang ni . Silau . Rasa macam kena pakai kaca mata hitam . Mungkin lebih gelap dan bergaya . Aku capai teman setia yang berada di sebelah . Oh . Sudah terbit . Sangat membeliakkan . Aku ingkar lagi . Apa nak jadi , manusia . 


Hari ini aku  lewat .


Aku ingkar .


Patut jiwa aku lebih kosong dari yang lain .


Bingkas bangkit dari kapas yang empuk . Sedar kan diri dari alam ciptaan sendiri untuk menjalani realiti yang menunggu . Saja aku meluah di permulaan hari ini . Kerana penutup hari ini aku perlu laksaan kan beberapa tugas (kerja sekolah yang aku tangguh semalam sebenarnya)


Lihat . Aku tangguh .


Aku ingkar .


Aku lihat diri pada cermin . Tembus ke dalam . Hitam .


Hati kecil terdetik . Hati besar melawan . Perang apa ini ? Perang antara sendiri ?


Jangan kau membunuh sesama sendiri . Cukup dengan jahil aku .


Kau jangan tambahkan kejahilan lagi .


Manusia . Tidak pernah senang atau puas . Tidak puas dengan hasil sendiri , diambilnya hasil orang lain . Tidak puas dengan hasil orang lain , dijatuhkan orang lain untuk mendapatkan hasil sendiri . Cukup dosa kau dengan Maha Esa . Kau bertaubat lalu diampunkan . Dosa kau dengan orang lain ? 


Ini la yang aku cuba jaga . Dosa aku pada manusia . 


Semoga hari aku hanya dengan robot supaya tiada dosa dengan manusia . Ok . Aku ni mengarut saja .


Aku mahu jumpa manusia . Rindu pada dia .


P/s: Manusia yang aku sayang adalah manusia yang paling sukar untuk disayangi .

Bila selipar licin jatuh hadapan tandas .

Hari-hari kau senyap ,
Kau diam ,
Kau sepi ,
Seribu bahasa kau diam .


Sudah berminggu-minggu ,
Kau masih senyap ,
Kali ni aku cuba untuk lebih tenang ,
Walau hati meronta keras .


Diam .


Tolong diam hati .


Jangan degil . 


Bertahun berlalu begitu ,
Kau masih dengan pendirian kau ,
Senyap ,
Diam .


Aku mula hidup baru ,
Tanpa kau .


Bersiap seperti biasa ,
Di hadapan cermin ,
Ye , hadapan cermin ,
Menyisir rambut .


Diam .


Senyap .


Baru aku sedar ,
Kau baru sehari tiada di sisi ,
Kenapa hebat rasa ni ?
Rasa apakah ini ?
Kau mak esah kan aku ya ?


Ini akibat selipar yang licin .


p/s : Gegendang telinga ni mintak kau gelak kan dia .