Dana Untuk 100 Tahun Akan Datang

Tuesday, November 20, 2012

Berapa kali ?

Berapa kali hati sakit ?
Kali ni lebih remuk dari biasa.
Kemalangan yang disengajakan.
Apa nak hairan, dah berapa kali dia sakit.

Kali ini aku beri kau bahu aku.
Aku beri haba yang ada ini sedikit untuk kau.
Walaupun aku bukan keutamaan kau semenjak ini.
Tapi bukan aku untuk biarkan kau menangis.

Menitik air mata kau, aku lihat.
Aku lihat 7 dari 10 air mata kau adalah perasaan.
Dan 3 lagi adalah hanya air mata.
Berbeza dari kau tangisi aku dulu, ianya sebaliknya.

Kau korban kan apa yang kau rasa pada aku demi dia.
Untuk apa? Atau itu hanya lah kata-kata tanpa perasaan.
Jika benar hati kau pernah aku miliki, ini peluang bagi kita.
Jika tidak, ini kesedihan paling bangsat pernah jadi dalam hidup kau.

Kesedihan bangsat kau, dia pelaku.
Kesedihan bangsat aku, kau pelaku.

Jika kali ini kau pergi semula pada dia, pergi dan jangan kembali walau diri hampir mati.
Ini janji aku pada diri.
Supaya hati tidak mati.
Dan tidak bersemadi.

Tiada lagi peluang kita.
Aku sudah tanam sampai dalam.
Aku sudah pijak bagi hancur.
Aku sudah ludah sampai habis.

Walau pahit, aku telan.
Demi mencari sesuatu yang aku impikan.
Kasih sayang yang untuk aku seorang.
Jadi, aku putuskan usaha aku terhadap kau.

Mungkin ada peluang pertama sedang menanti aku.
Dan janji aku pada dia, tiada peluang kedua yang akan aku pinta.
Usaha terhadap seseorang yang hargai aku akan lebih bermakna.
Abai kan aku seperti dulu, aku biasa.

Hari lahir aku tanpa kau.
Kau bersama dia pada hari lahir aku.
Kau bukan yang terawal.
Aku biasa tanpa rasa janggal.

Bukan taksub pada karma.
Mungkin karma sedang menjemput diri masing-masing.
Siapa tahu bukan ?

Sekukuh mana cinta aku pada kau,
Tapi tiada sedikit kau hargai,
Akan runtuh berkecai menjadi debu juga akhirnya.



P/s : Semoga aku dijumpakan dia.

Saturday, November 10, 2012

Aku budak besar.

Hari ini hari lahir aku.
Kamu la yang paling awal serta terawal.
Hadiah yang tiada tolok bandingan nya.
Mahal bukan kepalang.

Hanya kamu yang tahu ruang ku yang sempit.
Kasih nya kamu terhadap aku.
Walaupun tak pernah diungkap, tapi tindak tanduk mu.
Aku faham.

Aku cuba yang terbaik.
Terbaik untuk aku sebenarnya.
Tapi aku akan buat yang terbaik untuk kamu.
Ye, untuk kita juga.

Mak, abah.
Terima kasih atas segala kasih.
Segala sayang.
Segala pegorbanan.
Segala-galanya.

Terima kasih.
Tiada kata yang mampu aku ucapkan.
Hanya sekeping doa dan permintaan.
Aku harap doa aku termakbul walaupun aku tahu aku tak layak.

Ye, tak layak untuk dimakbulkan.
Tapi, untuk kamu, ku rayu.




P/s : Tepat 12 malam ini, tiada lagi 10 november. Alangkah indahnya jika tiada lagi kau dalam kamus hidup aku lepas ini.

Thursday, November 8, 2012

Surat untuk kau.

Aku tak tahu apa di hati kau.
Yang aku tahu hati aku.
Macam mana aku nak tahu hati kau kalau kau hanya bercakap.
Cuba la kau bukti kan ke.

Mungkin lebih seronok dan yakin.
Tapi mungkin aku juga akan pertimbangkan.
Bukan berlagak.
Tapi kau tahu hati aku bukan macam dulu.

Aku bukan manusia yang kau kenal tiga tahun dahulu.
Yang hanya menadah segala cemuhan, cacian dan kutukan.
Aku bukan lahir semula , tapi aku cuba jadi yang baru.
Kerana yang lama, hati aku lumpuh.

Jadi kali ini, berilah peluang hati aku untuk hidup.
Kerana sudah lama ia mati tanpa disemadikan.
Tiga kata cinta aku masih untuk kau.
Tetapi sampai bila aku tidak menjamin tentang itu.

Aku taknak berjanji dan berharap.
Kerana dua perkara ni la aku lemah mejalani hari-hari aku tanpa kau.
Ye, aku je yang luka.
Kerana aku hanya ada kau. HANYA KAU.

Aku bukan milik kau lagi. 
Dan kau bukan kepunyaan aku.

Jika aku sehehai kain, sudah lama aku terkoyak, tercarik hingga menjadi serpihan kain.

Semoga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih.
Semoga dia menjaga hati kau lebih baik dari aku.
Dn terima kasih atas cacian itu.
Mungkin dia lebih layak merima daripada aku.


P/s : Aku si pemuja rahsia mu.