Dana Untuk 100 Tahun Akan Datang

Thursday, November 8, 2012

Surat untuk kau.

Aku tak tahu apa di hati kau.
Yang aku tahu hati aku.
Macam mana aku nak tahu hati kau kalau kau hanya bercakap.
Cuba la kau bukti kan ke.

Mungkin lebih seronok dan yakin.
Tapi mungkin aku juga akan pertimbangkan.
Bukan berlagak.
Tapi kau tahu hati aku bukan macam dulu.

Aku bukan manusia yang kau kenal tiga tahun dahulu.
Yang hanya menadah segala cemuhan, cacian dan kutukan.
Aku bukan lahir semula , tapi aku cuba jadi yang baru.
Kerana yang lama, hati aku lumpuh.

Jadi kali ini, berilah peluang hati aku untuk hidup.
Kerana sudah lama ia mati tanpa disemadikan.
Tiga kata cinta aku masih untuk kau.
Tetapi sampai bila aku tidak menjamin tentang itu.

Aku taknak berjanji dan berharap.
Kerana dua perkara ni la aku lemah mejalani hari-hari aku tanpa kau.
Ye, aku je yang luka.
Kerana aku hanya ada kau. HANYA KAU.

Aku bukan milik kau lagi. 
Dan kau bukan kepunyaan aku.

Jika aku sehehai kain, sudah lama aku terkoyak, tercarik hingga menjadi serpihan kain.

Semoga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih.
Semoga dia menjaga hati kau lebih baik dari aku.
Dn terima kasih atas cacian itu.
Mungkin dia lebih layak merima daripada aku.


P/s : Aku si pemuja rahsia mu.

No comments:

Post a Comment