Dana Untuk 100 Tahun Akan Datang

Sunday, August 5, 2012

Cinta kompleks.

Cinta ni bukan perkara main-main.
Lagi-lagi cinta pada orang.
Bila pada orang, maksudnya dah melibatkan dua pihak.
Dua jantung serta hati.

Jatuh cinta dan jatuh sayang satu perkara yang berbeza.
Perbezaannya, hanya orang yang pernah jatuh sayang dan jatuh cinta sahaja yang tahu.

Kalau terangkan guna bahasa paling senang pun, takan faham.
Bila kita ada di tempat itu baru kita faham.
Faham akan kesakitan orang lain.
Faham akan kebodohan orang lain.

Sifat faham tu akan hadir bila kita ditempat itu atau pernah ada di tempat itu.
Betapa rumitnya cinta dan betapa mudahnya sayang.

Bila kita stand on reality, cinta ni tahi.
Buat hati jadi lemau macam kerepek pisang masuk angin.
Buat hidup kusut masai macam tak mandi seratus hari.
Ye , tahi kan kau cinta.

Rumitnya cinta ni kalah subjek Maths atau Sains.
Sebab subjek ni guna otak , tak guna hati dan sebab tu ada orang bercinta tak guna otak.

Sebab cinta perlukan hati.
Dan kerana hati la, mati.
Mati segala organ dalam.
Organ luar turut serta.

Setiap manusia ada persepsi sendiri tentang cinta, ada prinsip sendiri tentang perasaan.
Itu pandangan masing-masing dan perlu dihormati.

Hormat perasaan seseorang.
Hormat cinta seseorang.
Hormat keadaan seseorang.
Hormat keperitan seseorang.

Kerana hidup ni karma.
Apa saja yang terpacul dari mulut kena jaga.

Jadi, bercinta la.
Baru tahu apa nikmat cinta.
Dan mengeluh la kesakitan apabila ditinggalkan.
Kerana itu lah risiko si pencinta.



P/s: Walau macam mana sakit kau dalam cinta , sila manage diri supaya tidak menyesal di hari kelak.


No comments:

Post a Comment